Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rancangan Induk Pengangkutan Awam seterusnya harus bertujuan bangunkan sistem sepadu, inklusif - Janil Puthucheary

Pelan Induk Pengangkutan Darat (LTMP) yang seterusnya harus menumpukan perhatian kepada menyediakan sistem pengangkutan darat yang bersepadu dan inklusif dengan ketersambungan yang lebih baik ke pusat-pusat daerah, kata Menteri Negara Kanan Janil Puthucheary di Parlimen hari ini (17 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Rancangan Induk Pengangkutan Awam seterusnya harus bertujuan bangunkan sistem sepadu, inklusif - Janil Puthucheary

Pengangkutan awam di Singapura. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 17 May 2018 08:51PM Dikemas Kini : 17 May 2018 08:55PM

SINGAPURA: Pelan Induk Pengangkutan Darat (LTMP) yang seterusnya harus menumpukan perhatian kepada menyediakan sistem pengangkutan darat yang bersepadu dan inklusif dengan ketersambungan yang lebih baik ke pusat-pusat daerah, kata Menteri Negara Kanan Janil Puthucheary di Parlimen hari ini (17 Mei).

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneroka tiga aspirasi utama dalam LTMP baru itu.

Pertama, sistem pengangkutan darat bersepadu yang mudah menggabungkan huraian mobiliti baru dan inovatif apabila ia diperkenalkan. Dr Puthucheary berkata bahawa industri pengangkutan darat mengalami pelbagai gangguan teknologi dari khidmat kereta sewa seperti Grab dan Uber serta khidmat basikal sewa seperti ofo, Mobike dan oBike.

"Siapa dapat jangkakan apa yang akan berlaku lima tahun akan datang? Apa jua yang muncul, kami harus mencari jalan ... kami pelu membentuk sistem pengangkutan awam kami agar apa jua yang muncul akan disepadukan dengan mudah menjadi sebahagian daripada solusinya," kata Dr Puthucheary.

Beliau memberi contoh pengangkutan berbilang wadah yang melibatkan lebih daripada sejenis pengangkutan awam.

"Misalnya basikal sewa untuk ke stesen MRT. MRT itu kemudian membawa anda ke destinasi di mana sebuah kereta ulang-alik menanti anda dan membawa anda ke tempat kerja. Perjalanan itu secara ideal sepatutnya dilihat sebagai satu perjalanan berbanding tiga perjalanan yang berbeza," ujar beliau.

Perjalanan sebegitu juga boleh dibayar melalui satu urus niaga sahaja, tambahnya.

Aspirasi utama yang kedua adalah untuk memenuhi keperluan golongan pengguna yang berbagai-bagai dan membolehkan kesemua pengguna untuk memanfaatkan sistem pengangkutan secara tersendiri.

"Di tengah-tengah cabaran mobiliti yang berubah-ubah dan demografi yang berubah-ubah ... ini akan membawa kesan kepada sumber dan peruntukan sumber. Bagaimana kami boleh melakukan yang demikian dengan adil dan saksama untuk rakyat Singapura?" tanya beliau.

Aspirasi terakhir adalah untuk membangunkan ketersambungan yang lebih baik ke pusat-pusat daerah seperti Woodlands, Jurong, Punggol dan Tampines untuk menyediakan lebih banyak pekerjaan dan membawa penduduk lebih dekat lagi kepada kegiatan kehidupan seharian.

Dr Puthucheary menekankan bahawa orang ramai boleh berkongsi pandangan dan idea tentang kandungan LTMP yang selanjutnya.

Beliau mengumumkan bahawa MOT akan menubuhkan panel penasihat LTMP yang terdiri daripada wakil-wakil pihak berkepentingan seperti pengguna, pekerja, ahli akademik dan pesaing. Mereka akan membincangkan idea-idea yang dikumpulkan melalui wadah maklum balas dan membuat saranan kepada Pemerintah.  

Sumber : CNA/SM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan