Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura perlu elak lawat Carikan Gaza, MFA prihatin tentang keganasan

Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) menasihati rakyat supaya tidak melakukan lawatan ke Carikan Gaza dan sempadan Israel, sambil menyuarakan keprihatinan tentang ketegangan dan keganasan yang berlangsung di kawasan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura perlu elak lawat Carikan Gaza, MFA prihatin tentang keganasan

(Gambar: Mahmud Hams/ AFP)

Diterbitkan : 15 May 2018 10:23PM Dikemas Kini : 15 May 2018 10:25PM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) menasihati rakyat supaya tidak melakukan lawatan ke Carikan Gaza dan sempadan Israel, sambil menyuarakan keprihatinan tentang ketegangan dan keganasan yang berlangsung di kawasan itu.

"Singapura sangat prihatin tentang orang awam yang cedera akibat keganasan yang bertambah teruk di sempadan Israel-Gaza," kata seorang jurucakap MFA. "Kami menggesa semua pihak untuk menahan dan melakukan yang terbaik untuk melindungi orang awam sementara mengambil langkah-langkah segera untuk meredakan keadaan."

"Semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memainkan peranan untuk menghentikan keganasan dan mengembalikan keamanan."

Sekurang-kurangnya 58 penunjuk perasaan Palestin dibunuh tentera Israel dan 2,700 lagi cedera akibat ditembak, terkena gas pemedih mata dan melalui kaedah lain semalam (14 Mei).

MFA juga menasihati rakyat Singapura supaya mengelak daripada melakukan lawatan ke Carikan Gaza dan sempadan Israel-Gaza, sambil menambah bahawa lawatan tidak penting ke Tebing Barat, termasuk Baitullaham, Jericho dan Ramallah perlu dielakkan.

Komen-komen MFA dikeluarkan selepas pertempuran berdarah antara pasukan tentera Israel dan penunjuk-penunjuk perasaan Palestin yang menyusul dek pembukaan rasmi kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmakdis pada Isnin (14 Mei).  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan