Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura maut dalam nahas terjun udara dekat Sydney

Seorang lelaki rakyat Singapura maut dalam kemalangan terjun udara secara berdua di bahagian barat daya Sydney pada Sabtu (15 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura maut dalam nahas terjun udara dekat Sydney

Van ambulans di kawasan Wilton di mana kedua-dua mangsa dijumpai. (Gambar: Twitter/News.com.au)

Diterbitkan : 15 Jul 2017 10:03PM Dikemas Kini : 15 Jul 2017 10:07PM

SINGAPURA: Seorang lelaki rakyat Singapura maut dalam kemalangan terjun udara secara berdua di bahagian barat daya Sydney pada Sabtu (15 Jul).

Lelaki tersebut, yang berusia dalam lingkungan 20-an tahun, melakukan sukan terjun udara dengan seorang jurulatih, yang berusia 60-an tahun, dengan syarikat Sydney Skydivers, menurut media Australia.

Pangkalan zon terjun Sydney Skydivers terletak di Picton Road, menurut The Sunday Telegraph.

Bagaimanapun, lelaki-lelaki itu, yang dipercayai maut disebabkan impak yang kuat, ditemui di laluan memandu sebuah rumah yang terletak beberapa ratus meter dari kawasan tersebut, di Wilton Road.

"Beliau adalah seorang penerjun udara yang berpengalaman," kata pemilik Sydney Skydivers Phil Onis mengenai jurulatih itu kepada akhbar tersebut.

"Kami mahu masuk ke kawasan itu dan ingin tahu apa yang berlaku. Ini belum pernah terjadi sebelum ini," dedahnya.

Pemilik bersama hartanah, di mana para penerjun udara itu dijumpai, memberitahu The Telegraph, kedua-duanya jatuh di laluan memandunya.

Anak perempuannya yang berusia 7 tahun juga "berasa trauma" setelah melihat mereka.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan