Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura, Bahktier Awal, ditangkap di Jepun dengan dadah S$2 juta dalam beg

Seorang lelaki warga Singapura ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka kerana mempunyai dadah perangsang seberat hampir 3 kilogram dalam begnya, lapor akhbar Jepun Sankei Shimbun pada Rabu (17 Jan). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jan 2018 02:21PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 01:31AM

OSAKA: Seorang lelaki warga Singapura ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka kerana mempunyai dadah perangsang seberat hampir 3 kilogram dalam begnya, lapor akhbar Jepun Sankei Shimbun pada Rabu (17 Jan).

Dadah tersebut dipercayai mempunyai nilai pasaran 190 juta yen (S$2.26 juta).

Akhbar tersebut mengenal pasti lelaki itu sebagai Bahktier Awal, 37 tahun, yang bekerja sebagai pekerja pembersihan. Pihak berkuasa Jepun menyatakan bahawa lelaki itu tiba di Lapangan Terbang Kansai dari India pada 21 Disember tahun lalu.

Bahktier mengaku tahu terdapat barangan larangan di dalam beg tersebut tetapi tidak tahu ia adalah dadah. Dia juga mendedahkan telah diarah untuk mengirim beg tersebut ke sebuah rumah di Osaka oleh seorang kenalannya.

Polis Jepun menyatakan bahawa siasatan masih dijalankan.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan