Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat M'sia diberkas kerana subahat dalam percubaan Chew Eng Han untuk larikan diri

Polis memberkas seorang warga Malaysia berusia 42 tahun, Tan Kim Ho, kerana disyaki membantu bekas pemimpin Gereja City Harvest, Chew Eng Han, untuk melarikan diri dari Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat M'sia diberkas kerana subahat dalam percubaan Chew Eng Han untuk larikan diri

Bot yang digunakan Chew Eng Han semasa cuba untuk melarikan diri dari Singapura. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 15 Apr 2018 07:39PM Dikemas Kini : 15 Apr 2018 07:41PM

SINGAPURA: Polis memberkas seorang warga Malaysia berusia 42 tahun, Tan Kim Ho, kerana disyaki membantu bekas pemimpin Gereja City Harvest, Chew Eng Han, untuk melarikan diri dari Singapura.

Chew ditahan pada 21 Februari, sehari sebelum dia seharusnya mula menjalani hukuman penjara 40 bulan kerana menggelapkan dana gereja.

Seorang lagi, Tan Poh Teck (53), yang mengemudi bot yang digunakan Chew untuk melarikan diri, juga diberkas selepas bot tersebut dipintas pihak polis di perairan Pulau Ubin. Chew dan Tan dalam perjalanan ke Malaysia.

Khoo Kea Leng, juga seorang rakyat Malaysia, dipercayai mengajak Tan Kim Ho untuk bersubahat dalam percubaan itu. Khoo dijatuhi hukuman penjara enam bulan pada 12 April.

Tan diberkas di Malaysia dengan bantuan Polis Diraja Malaysia dan diserahkan kepada Singapura pada 14 April. Dia akan didakwa di Mahkamah esok (16 Apr).

Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Hsu Sin Yun berkata: "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas ketangkasan mereka mengesan dan memberkas suspek.

"Penangkapan ini antara bukti kerjasama kukuh antara Pasukan Polis Singapura (SPF) dengan PDRM. SPF komited untuk menjejak para pesalah yang melakukan jenayah di Singapura. Kami akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan penguatkuasaan luar negara untuk mendakwa para penjenayah dan menegakkan keadilan."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan