Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat diminta hormati hasrat Lee Kuan Yew mengenai rumahnya

Anak-anak mendiang Encik Lee menyatakan ayah mereka ingin rumahnya di Oxley Road dirobohkan selepas kematian beliau atau selepas anak perempuannya, Cik Lee Wei Ling, berpindah.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat diminta hormati hasrat Lee Kuan Yew mengenai rumahnya

Encik Lee Kuan Yew, isteri dan anak-anak. (Gambar: Ihsan keluarga Lee)

Diterbitkan : 12 Apr 2015 08:50PM Dikemas Kini : 12 Apr 2015 10:27PM

SINGAPURA: Encik Lee Hsien Yang dan Cik Lee Wei Ling mengeluarkan satu kenyataan melalui firma guaman mereka yang menyatakan tentang hasrat ayahnya, mendiang Encik Lee Kuan Yew, mengenai rumahnya di Oxley Road.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua anak mendiang Encik Lee itu menyatakan bahawa ia adalah hasrat dalam wasiat ayah mereka untuk merobohkan rumahnya selepas kematian beliau atau selepas anak perempuannya, Cik Lee Wei Ling, berpindah.

Menurut kenyataan dari Cik Lee Wei Ling dan Encik Lee Hsien Yang, mereka memegang tanggungjawab sebagai pemegang amanah dan anak mendiang Encik Lee Kuan Yew untuk melaksanakan wasiatnya dengan sebaik mungkin.

Mendiang Encik Lee memberi arahan yang jelas untuk merobohkan rumahnya sejurus pemergiannya atau selepas Cik Lee Wei Ling berpindah.

Menurut kedua-dua anak mendiang, bapa mereka mengabdikan dirinya untuk rakyat Singapura. Mereka berharap rakyat Singapura dapat menghormati permintaan terakhir beliau yang terkandung dalam wasiatnya. 

MediaCorp difahamkan, Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyentuh tentang isu  kediaman bapanya, mendiang Lee Kuan Yew, yang terletak di Oxley Road, apabila Parlimen bersidang esok (Isnin, 13 April).

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan