Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat bukan Muslim 'berpuasa' sambil beramal

Dalam usaha yang sama juga, buat julung-julung kalinya, seramai 15 rakyat baru Singapura diundang beriftar bersama sekitar 600 penduduk Muslim di Kembangan-Chai Chee. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sempena bulan Ramadan ini, ramai rakyat bukan Muslim turut mengambil kesempatan untuk melalui sendiri pengalaman berpuasa sambil beramal.

Terdapat juga rakyat baru yang menyertai majlis-majlis iftar bersama para penduduk Muslim setempat untuk menikmati suasana yang belum pernah mereka lalui.

LAPAR, DAHAGA, LESU

Namun, 30 belia bukan Muslim yang berpuasa selama empat hari tetap bertekad untuk menjalaninya demi tujuan amal sambil meningkatkan persefahaman silang agama.

Sepanjang hari semalam (17 Jun), mereka bersama 24 pelajar Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah turun padang mengagihkan belon dengan mesej kedamaian kepada orang ramai.

Mereka kemudian menyingsing lengan untuk membungkus bubur untuk diagih-agihkan di Masjid Al-Taqwa.

"Ia agak mencabar bagi kami. Namun bila melihat rakan-rakan Muslim kami berpuasa, ia memberi kami lebih semangat untuk terus berpuasa dan bertahan sepanjang hari," kata Lim Yong Zheng seorang pelajar Maktab Rendah Tampines.

Para Duta Belia Keharmonian Kaum (RHYA) dari CDC Tenggara juga mendalami pengetahuan tentang Ramadan dan Islam dari sesi perkongsian dan soal jawab yang dianjurkan oleh Masjid Al-Taqwa.

Sewaktu menghadiri majlis iftar bersama mereka semalam, Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, menekankan pentingnya generasi muda mengukuhkan perpaduan kaum di Singapura.

"Kesejahteraan, keamanan, kedamaian di Singapura ini adalah sesuatu yang bukan satu perkara semula jadi tetapi hasil kerjasama rakyat Singapura; daripada generasi-generasi yang lalu.

"Bukan sahaja oleh generasi lama tetapi juga generasi baru kita, anak muda kita. Mereka akan memastikan Singapura yang akan maju dan makmur serta perpaduan kaum kita akan terus terjamin dengan generasi mereka," ujar beliau.

RAKYAT BARU TURUT BERIFTAR BERSAMA

Dalam usaha yang sama juga, buat julung-julung kalinya, seramai 15 rakyat baru Singapura diundang beriftar bersama sekitar 600 penduduk Muslim di Kembangan-Chai Chee.

Majlis anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kembangan-Chai Chee ini adalah untuk memupuk persefahaman dan keharmonian dalam masyarakat majmuk Singapura.

"Akan selalu ada perkara baru untuk dibelajar dan menyesuaikan diri dengan. Bagi rakyat baru seperti saya dan keluaraga saya di sini, ia adalah seronok untuk melihat tradisi dan ia berlaku setahun sekali dan kamu dapat bertemua dengan orang baru, orang yang berlainan," kata seorang penduduk baru.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan-Jin turut menyerikan acara itu yang berlangsung di tanah lapang berdekatan Hab Masyarakat Kembangan-Chai Chee.

"Saya rasa ia penting bagi kita untuk mencari setiap peluang yang kita boleh. Jadi di bulan Ramadan, kita boleh selalu memanfaatkan peluang ini untuk mengajak lebih ramai rakyat Singapura mempelajari lebih banyak tentang kepercayan Melayu/Islam, begitu juga bagi perayaan yang lain," ujar beliau.

Di acara itu, para hadirin turut disajikan dengan filem-filem Melayu klasik.

Khidmat bas Hippo juga disediakan secara percuma untuk menikmati keindahan warna-warni lampu raya di Sims Avenue dan Changi Road. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan