Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat sumber Tech Depot bantu SME tingkat operasi perniagaan, manfaat huraian teknologi

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) kini mempunyai sebuah pusat sumber untuk membantu meningkatkan operasi perniagaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat sumber Tech Depot bantu SME tingkat operasi perniagaan, manfaat huraian teknologi

Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber S Iswaran. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 20 Apr 2017 09:25PM Dikemas Kini : 20 Apr 2017 09:30PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) kini mempunyai sebuah pusat sumber untuk membantu meningkatkan operasi perniagaan.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan) S Iswaran menyatakan demikian semasa menghadiri konvensyen bagi SME itu siang tadi (20 Apr).

Pusat sumber "Tech Depot" itu membolehkan SME memanfaatkan huraian teknologi dalam bidang-bidang seperti data analitik dan daftar barangan.

Wadah tersebut boleh didapatkan di portal SME yang dikendalikan agensi SPRING Singapore.

Buat masa ini, ada lebih 30 huraian disediakan tetapi akan ditambah pada masa depan.

Ia merupakan sebahagian daya usaha pemerintah untuk membantu SME meningkatkan inovasi dan menjadi lebih produktif.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan