Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Sumber Austisme buka kafe di Raffles Institution

Pusat Sumber Autisme (ARC) membuka kafe perusahaan sosialnya yang pertama di sebuah sekolah.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Sumber Austisme buka kafe di Raffles Institution

Professor Brawn Cafe di Institusi Raffles (RI) (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 19 Jul 2018 08:47AM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 08:56AM

SINGAPURA: Pusat Sumber Autisme (ARC) membuka kafe perusahaan sosialnya yang pertama di sebuah sekolah. Diberi nama Professor Brawn Cafe, cawangan tersebut dibuka di Raffles Institution (RI) pada Rabu (18 Jul) dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Ong Ye Kung.

Kafe tersebut menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang berkeperluan khas dan menyediakan wadah untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka.

Menerusi perkongsian dengan Gong Cha, ia juga menawarkan pilihan minuman daripada menu jenama 'bubble tea' popular tersebut.

Lima daripada 10 pekerja kafe berkenaan berkeperluan khas, dan mereka dibayar gaji yang berpatutan dengan skop pekerjaan masing-masing.

Timbalan Pengarah Eksekutif ARC Jacelyn Lim berkata bahawa matlamat utama pusat itu adalah untuk menyebarkan mesej inklusif dan mewujudkan pekerjaan bagi mereka yang berkeperluan khas.

Beliau menambah, pekerjaan menyediakan mereka peluang untuk menimba kemahiran baru selain berdikari dari segi kewangan.

Bercakap di pembukaan kafe itu, Encik Ong menarik perhatian bahawa model kafe tersebut mencerminkan sifat inklusif dalam masyarakat.

Sejak kafe Professor Brawn itu mula beroperasi awal bulan ini, pelajar RI tahun kelima Rowena Chua sudah mengunjunginya "berulang kali".

Para pekerja di kafe Professor Brawn (Gambar: Mediacorp)

"Saya fikir satu sekolah sudahpun ke kafe ini," kata beliau yang turut menyifatkan pengalamannya di cafe tersebut "sama seperti restoran atau kafe yang lain."

"Lama kelamaan kami mengenali mereka (pekerja di kafe) dan sedar mereka tidak banyak berbeza daripada kami."

Pada masa hadapan ARC juga berharap untuk menggunakan model kafe ini di tempat lain. Cik Lim menegaskan mereka tidak bercadang menghadkan operasi di sekolah-sekolah sahaja.

"Yang penting adalah mesej inklusif, dan ini tidak hanya terbatas kepada sekolah-sekolah." 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan