Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Kulit Nasional yang baru dijangka siap pada 2022

Pusat Kulit Nasional (NSC) yang baru dijangka dibuka menjelang 2022. Di pusat itu, keupayaan untuk merawat pesakit meningkat sebanyak 50 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Apr 2018 05:32PM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 11:37PM

SINGAPURA: Pusat Kulit Nasional (NSC) yang baru dijangka dibuka menjelang 2022. Di pusat itu, keupayaan untuk merawat pesakit meningkat sebanyak 50 peratus. Lebih banyak kemudahan yang dipertingkat juga akan ditawarkan bagi memenuhi permintaan bagi khidmat dermatologi yang kian meningkat dalam kalangan penduduk Singapura.

Pada 2016, NSC merawat purata 1,000 pesakit setiap hari, di mana terdapat 340,000 kedatangan pesakit pada tahun itu - naik 20 peratus berbanding 280,000 pada 2007.

Bangunan setinggi 10 tingkat itu, yang terletak di tapak Novena yang menempatkan NSC sedia ada, akan mempunyai 69 bilik rawatan, naik dari 46 bilik, menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (18 Apr).

Bangunan itu juga akan menempatkan Pusat Rawatan Harian yang menawarkan khidmat diagnostik, pemantauan dan rawatan di bawah satu bumbung, membuka akses lebih mudah kepada para pesakit, terutama sekali bagi golongan warga emas.

Pusat Pendidikan Pesakit juga akan menjadi pusat sehenti bagi para pesakit dan penjaga mereka untuk mendapatkan maklumat dan bahan-bahan bagi merawat keadaan mereka.

Kemudahan untuk latihan, seperti makmal mengajar dan perpustakaan perubatan juga akan diluaskan.

Makmal-makmal akan dibuka sebagai menyokong usaha-usaha untuk mengkaji masalah kulit yang berleluasa di Singapura dan membangukan terapi-terapi baru untuk rawatan penyakit kulit.

Klinik Fisiologi Kulit akan menyokong kajian tentang pembangunan kaedah diagnostik yang baru selain mengadakan ujian bagi teknik-teknik yang baru.

Bangunan NSC yang sedia ada akan diubah suai menjadi Ibu Pejabat Pentadbiran National Health Group.

Berucap di majlis pelancaran yang diadakan hari ini (18 Apr), Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Amy Khor berkata peningkatan NSC bertepatan dengan kerana lebih banyak kes penyakit kulit berlaku di Singapura.

Misalnya, 20 peratus kanak-kanak tempatan dan 11 peratus orang dewasa mengalami ekzema, kata beliau.

"Permintaan bagi khidmat dermatologi akan terus meningkat pada tahun-tahun mendatang, terutama sekali dalam masyarakat yang menua," kata Dr Khor.

"Masalah kulit boleh menjejas kualiti hidup pesakit. Dengan rawatan dan penjagaan yang sesuai, masalah ini boleh ditangani dan kualiti hidup mereka dapat dipertingkat."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan