Images
  • century square
    Gambar pelukis pusat beli-belah Century Square. (Gambar: AsiaMalls)

Pusat beli-belah Century Square dibuka semula 6 Jun ini

SINGAPURA: Century Square akan dibuka semula pada 6 Jun menyusuli ubah elok bernilai S$60 juta, menurut pengendalinya AsiaMalls dalam kenyataannya pada Selasa (15 Mei).

Dengan wajah baru serta reka bentuk dalaman yang diubah elok, pusat beli-belah yang terletak di Tampines itu akan menyediakan lebih banyak pilihan makanan dan lebih 50 peratus penghuni baru.

Pusat beli-belah berkenaan ditutup pada bulan September bagi kerja-kerja ubah elok.

Mereka yang membeli-belah juga dapat memilih daripada 45 pilihan makanan - naik berbanding 30 sebelum ini.

Pembukaan semula pusat beli-belah itu juga menyaksikan kembalinya label tempatan M)phosis, selepas dua tahun tidak beroperasi.

M)phosis, yang dikenali dengan reka bentuk pakaian yang kontemporari, menutup cawangannya di Singapura pada tahun 2015.

Penghuni baru lain bagi pusat beli-belah itu termasuk pengendali pawagam Filmgarde, cawangan barangan dapur ToTT, gim 24 jam Gymmboxx, khidmat perpustakaan digital Lembaga Perpustakaan Negara eReads serta Mahota Market, "model makan dan berbelanja dapur hibrid" yang baru.

Seluruh aras turut dikhaskan bagi keluarga dan kanak-kanak, yang dikendalikan pusat jagaan kanak-kanak The Orange Academy dan pusat pengayaan The Learning Lab, menurut AsiaMalls.

Century Square juga akan menampilkan kemudahan yang ditingkatkan seperti tembok e-conteng bagi memenuhi minat golongan muda, dek bumbung, stesen basikal dengan kemudahan mandi, bilik menyusu yang dinaik taraf dan lebih besar serta stesen mengecas mudah alih layan sendiri.

Century Square adalah pusat beli-belah ketiga yang menjalani ubah elok dalam portfolio AsiaMalls. Tiong Bahru Plaza dan White Sands masing-masing menyelesaikan ubah eloknya pada tahun 2015 dan 2016.

Kedua-duanya menyaksikan trafik pembeli-belah melonjak dua angka, dedah AsiaMalls.

- CNA/IM/im

Top