Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Purata jangka hayat rakyat S'pura dijangka naik kepada 85.4 tahun pada 2040

Rakyat Singapura bakal mempunyai jangka hayat lebih panjang menjelang 2040. Demikian didedahkan dalam satu kajian oleh Institut bagi Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Oct 2018 08:16AM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 11:04PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura bakal mempunyai jangka hayat lebih panjang menjelang 2040. Demikian didedahkan dalam satu kajian oleh Institut bagi Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME). 

Dalam hasil kajian yang dikeluarkan pada Rabu (17 Okt), Singapura menduduki tempat ketiga dalam senarai dunia, dengan purata jangkaan hayat 85.4 tahun pada 2040.

Mereka yang menetap di Sepanyol pula mempunyai jangka hayat paling panjang, iaitu 85.8 tahun, mendahului penduduk Jepun yang mempunyai jangka hayat 85.7 tahun.

Keseluruhannya, semua negara umumnya "dijangka menikmati jangka hayat lebih panjang", menurut laporan.

Peningkatan pada jangkaan hayat rakyat Singapura boleh dikatakan hasil sistem penjagaan kesihatan serta cara-cara isu-isu kesihatan utama ditangani, menurut kajian tentang kesihatan dan jangka hidup itu.

Enam faktor utama yang dikenal pasti bagi penduduk dengan jangka hayat lebih pendek pula adalah penyakit darah tinggi, indeks jisim tubuh yang tinggi, kadar gula dalam darah yang tinggi, penggunaan tembakau dan pencemaran udara.

PUNCA KEMATIAN AWAL

Kajian, yang diterbitkan pada Selasa (16 Okt) dalam jurnal perubatan antarabangsa The Lancet, menjangkakan lonjakan ketara pada jumlah kematian yang disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD), termasuk kencing manis, penyakit penghalang pulmonari kronis (COPD), penyakit ginjal kronik, barah paru-paru, dan masalah-masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan masalah berat badan berlebihan.

Pada 2016, 10 punca utama kematian awal di Singapura adalah jangkitan penyakit jantung iskemia, jangkitan saluran nafas bawah akut, barah paru-paru, penyakit Alzheimer, angin ahmar, barah kolon dan rektum, bunuh diri, penyakit ginjal kronik, barah hati dan barah payu dara.

Pada tahun 2040 nanti, punca-punca utamanya bagaimanapun adalah jangkitan saluran nafas bawah akut, jangkitan penyakit jantung iskemia, penyakit Alzheimer, barah paru-paru, penyakit ginjal kronik, barah hati, barah kolon dan rektum, angin ahmar, penyakit hipertensi jantung dan penyakit penghalang pulmonari kronis. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan