Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Punggol kini jadi estet pilihan 15 tahun setelah blok pertama dibina

Punggol yang pernah disifatkan sebagai kejiranan yang gelap, sunyi dan tidak mudah dikunjungi, sudah banyak berubah sejak blok-blok pertamanya dibangunkan pada tahun 2002.

Anggaran Waktu Membaca:
Punggol kini jadi estet pilihan 15 tahun setelah blok pertama dibina

Jalan susur di Lebuh Raya Tampines menghala ke Punggol. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 16 Jul 2017 05:29PM Dikemas Kini : 16 Jul 2017 05:54PM

SINGAPURA: Punggol yang pernah disifatkan sebagai kejiranan yang gelap, sunyi dan tidak mudah dikunjungi, sudah banyak berubah sejak blok-blok pertamanya dibangunkan pada tahun 2002.

Para penduduk berkata lebih banyak khidmat bas juga disediakani di kawasan itu. Malah, terdapat lebih banyak daya tarikan yang boleh dikunjungi serta pusat beli-belah dan pasaraya yang turut disediakan.

Usaha bagi perubahan, untuk menjadikan Punggol tempat idaman lebih ramai penduduk, juga dijangka akan ditingkatkan dalam masa beberapa tahun akan datang.

Kawasan tersebut turut dijangka lebih mudah diakses, dengan adanya stesen baru MRT, Punggol Coast, yang bakal dibuka menjelang tahun 2023. Stesen itu dijangka siap menjelang 2030, tetapi rancangannya dibuat lebih awal bagi menyokong pembangunan di Punggol North.

Ini termasuk kejiranan-kejiranan baru di Northshore District, Punggol Point District dan Punggol Digital District.

Stesen baru itu akan dibina dengan lanjutan sejauh 1.6 kilometer di Laluan Timur Laut (NEL), yang bertujuan untuk memendekkan masa perjalanan sebanyak 15 minit. Buat masa ini, perjalanan dari Punggol North ke City Hall memakan masa 45 minit.

Para penduduk yang berpindah ke kawasan itu semasa ia baru dibina turut berkata adalah sukar untuk membayangkan Punggol yang dahulu.

"Sebelum ini, ia agak ganjil untuk melihat orang ramai yang lalu-lalang. Kini, ia lebih meriah," ujar Encik Glen Hor, 29, yang berpindah ke kejiranan tersebut pada tahun 2002 dari Simei.

Beliau turut mengimbau masa menaiki satu khidmat bas - iaitu 83 - yang beroperasi di kawasan itu apabila beliau baru berpindah, dan berkata bahawa pengangkutan awam sudah menunjukkan banyak peningkatan. Kini, beberapa khidmat bas turut membawa penumpang ke daerah seperti Woodlands, Changi Village dan Bedok.

Meskipun stesen MRT Punggol sudah dibuka di Laluan Utara-Timur, beliau berkata beliau memilih untuk menaiki bas kerana ia pilihan yang lebih murah. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan