PUB lancar pelan bijak bagi pertingkat pengurusan air
Agensi air negara PUB sudah melakar satu peta hala tuju di mana ia akan memanfaatkan kecerdasan buatan secara bertahap-tahap, data raya dan kerja ubah suai bijak bagi lima tahun mendatang untuk meningkatkan operasi dan pengurusan air.
SINGAPURA: Agensi air negara PUB sudah melakar satu peta hala tuju di mana ia akan memanfaatkan kecerdasan buatan secara bertahap-tahap, data raya dan kerja ubah suai bijak bagi lima tahun mendatang untuk meningkatkan operasi dan pengurusan air.
Peta hala tuju itu akan membantu mencapai pengurusan mutu air dan proses kerja lebih bijak. Ini diumumkan PUB semalam (11 Jul).
"Perniagaan seperti biasa tidak mampu bertahan," kata Ketua Pegawai Maklumat PUB Michael Toh.
"Tanpa memanfaatkan teknologi, kami akan terdedah kepada risiko dan menjadi tidak cekap, dan ia akan menghambat keupayaan kami sekiranya berlaku sebarang gangguan," tambah beliau.
SISTEM BIJAK PANTAU MUTU AIR
Sebagai sebahagian daripada rancangannya, agensi air itu meneroka dua inovasi bagi pengurusan mutu air online.
Salah satu daripadanya adalah sebuah bot tanpa pemandu yang akan mengumpul sampel air. Ia pertama kali diuji di kolam air Pandan pada November 2017. Keberkesanan bot itu sedang dinilai.
PUB juga menghasilkan satu peranti yang mampu memetik imej mikroskopik sampel air secara automatik untuk mengenal pasti sebarang organisma kecil dalam air mentah.
Ini akan membantu mempertingkat proses sedia ada, yang memerlukan seorang ahli biologi untuk mengira jumlah organisma secara manual dalam sampel air. Proses ini boleh mengambil masa sehingga dua jam bagi setiap sampel.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.