Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program perintis bertujuan bimbing pasangan berumah tangga dijangka dilaksanakan tahun ini

Sebuah program perintis yang bertujuan membimbing pasangan yang sudah berumahtangga dijangka dilaksanakan sebelum pertengahan tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
Program perintis bertujuan bimbing pasangan berumah tangga dijangka dilaksanakan tahun ini

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 12 Mar 2015 06:56PM Dikemas Kini : 12 Mar 2015 07:00PM

SINGAPURA: Sebuah program perintis yang bertujuan membimbing pasangan yang sudah berumah tangga dijangka dilaksanakan sebelum pertengahan tahun ini.

Program pengayaan itu disasarkan kepada perkahwinan yang berusia 10 tahun dan ke bawah.

Bagi mengukuhkan ikatan perkahwinan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga MSF akan membina satu rangka kerja Program Pengayaan Rumah Tangga Cinta Abadi.

Di dalam program ini, para peserta akan diberi peluang untuk mengimbas semula apa yang mereka pelajari dalam kursus sebelum mendirikan rumah tangga dan belajar tentang amalan baik dalam perkahwinan.

Program tersebut termasuk memantau keutuhan rumah tangga, yakni bagi pasangan mengesan awal aspek yang perlu diperkukuh dalam perkahwinan.

MSF juga akan memberikan lebih banyak tumpuan kepada membina keupayaan dan pembelajaran sepanjang hayat bagi para pendidiknya.

Ia juga membangunkan sebuah rangka kerja kecekapan untuk para pendidik.

Dr Yaacob turut memberi perkembangan tentang Program Kaunseling Perkahwinan MCP.

Sejak dimulakan pada 2004, Mahkamah Syariah merujuk lebih 27,000 kes pasangan yang ingin bercerai. Dan lebih 40 peratus akhirnya tidak jadi bercerai.

Menggulung ucapannya, Dr Yaacob menggesa golongan muda agar mengenang budi golongan perintis dan menjunjung nilai-nilai yang menjadi pegangan mereka.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan