Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Penukaran Profesional Jururawat Berdaftar bagi siswazah

Rakyat Singapura dalam pertengahan kerjaya, yang mahu menukar kerjaya menceburi bidang kejururawatan, kini boleh memohon untuk mengikuti program ijazah yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Program Penukaran Profesional Jururawat Berdaftar bagi siswazah

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 03 Feb 2018 07:54PM Dikemas Kini : 03 Feb 2018 07:57PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura dalam pertengahan kerjaya, yang mahu menukar kerjaya menceburi bidang kejururawatan, kini boleh memohon untuk mengikuti program ijazah yang baru.

Program itu akan diadakan di Alice Centre for Nursing Studies NUS.

Kementerian Kesihatan (MOH) dan Workforce Singapore (WSG) mengumumkan inisiatif terbaru itu dalam satu kenyataan media bersama hari ini (3 Feb).

Ijazah baru Program Penukaran Profesional (PCP) bagi Jururawat Berdaftar disasarkan kepada rakyat Singapura di pertengahan kerjaya yang mempunyai ijazah tetapi bukan dalam bidang kejururawatan.

MOH dan WSG menyatakan yuran kursus bagi program Ijazah Sains (Kejururawatan) selama dua tahun itu sebanyak $74,500 akan ditaja sepenuhnya.

Mereka yang terpilih untuk mengikutinya akan juga menerima elaun latihan sehingga $2,520 setiap bulan.

Selepas tamat pengajian, mereka akan menerima bonus peralihan sekali sahaja bernilai $2,000.

Insentif latihan sebanyak $18,000 pula akan diberikan kepada majikan untuk terus menyokong jururawat berkenaan semasa tempoh peralihan dalam kerjaya baru mereka.

Menurut Menteri Negara Kanan Kesihatan Amy Khor, lebih ramai orang kini berminat dalam bidang kejururawatan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan sekitar 33 peratus jumlah jururawat yang diterima masuk. Iaitu daripada 1,500 orang pada 2012 kepada sekitar 2,000 orang pada 2017.

MOH menambah, ia akan terus bekerjasama dengan WSG dan rakan industri jagaan kesihatan untuk meneroka dan membangunkan PCP baru bagi kerjaya lain dalam industri jagaan kesihatan. 

Sumber : CNA/NF/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan