Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program penjagaan mata secara percuma bagi warga emas dilancar di Kampung Admiralty

Golongan warga tua kini dapat menjalani pemeriksaan mengesan penyakit mata dan mendapatkan rawatannya dengan lebih mudah. Satu program penjagaan mata secara percuma dalam lingkungan masyarakat dilancarkan pada Sabtu (13 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Oct 2018 10:39PM Dikemas Kini : 13 Oct 2018 10:55PM

SINGAPURA: Golongan warga tua kini dapat menjalani pemeriksaan mengesan penyakit mata dan mendapatkan rawatannya dengan lebih mudah.

Satu program penjagaan mata secara percuma dalam lingkungan masyarakat dilancarkan pada Sabtu (13 Okt) di Kampung Admiralty oleh Yishun Health.

Program itu berharap dapat memeriksa mata sehingga 500 warga tua dalam tahun pertama pelancarannya.

Program Kumpulan Penjagaan Mata Peringkat Kedua atau Select bertujuan memberikan rawatan lanjut kepada warga tua yang dikesan menghidap masalah penglihatan.

Melalui program ini, ahli-ahli optometris akan memeriksa mata para pesakit dengan lebih menyeluruh dan menyarankan rawatan susulan.

Bagi kes yang rumit, doktor-doktor pakar boleh dihubungi melalui sistem tele-kesihatan.

Kes-kes itu termasuk katarak, penyakit mata berkaitan kencing manis dan glaukoma yang sering menyebabkan warga tua menjadi buta.

Para pesakit di bawah program Select boleh mendapatkan rawatan pakar bersubsidi sebagai pesakit luar.

Ini membantu mereka menjimatkan waktu kerana tidak perlu mendapatkan surat rujukan daripada klinik.

Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Amy Khor yang melancarkan program itu, menekankan pentingnya membuat pemeriksaan dan pengesanan awal.

Ini memandangkan keadaan penduduk Singapura yang semakin menua dan jumlah pesakit kencing manis yang tinggi.

Selain itu, satu aplikasi juga dilancarkan bagi membantu mereka yang mengalami tahap awal kemerosotan tahap penglihatan memantau keadaan mereka. 

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan