Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Penggiat Perkhidmatan Pembelajaran diperluas ke politeknik

Satu Pesta Perkhidmatan Pembelajaran diadakan di Politeknik Republik pada awal Sabtu (11 Ogos) bagi memulakan kerjasamanya dengan PAYM dalam program kerja sukarela itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Aug 2018 07:18PM Dikemas Kini : 11 Aug 2018 08:52PM

SINGAPURA: Program Penggiat Perkhidmatan Pembelajaran anjuran Pergerakan Belia Persatuan Rakyat (PAYM) kini diperluas ke politeknik.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha PAYM untuk meluaskan program berkenaan ke institusi-institusi pengajian tinggi.

Politeknik Republik menjadi yang pertama menjalankan program itu.

Satu Pesta Perkhidmatan Pembelajaran diadakan di Politeknik Republik pada awal Sabtu (11 Ogos) bagi memulakan kerjasamanya dengan PAYM dalam program kerja sukarela itu.

Sempena pesta tersebut, lebih 20 projek perkhidmatan pembelajaran yang cemerlang menerima anugerah yang disampaikan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee.

13 pelajar pula diiktiraf kerana usaha mereka dalam memenuhi keperluan masyarakat.

Encik Lee turut menekankan pentingnya kerja sukarela dalam masyarakat.

"Anda mungkin bertemu dengan seseorang yang lebih tua, lebih berpengalaman atau seseorang yang lebih muda atau daripada latar belakang yang berbeza daripada anda. Ia memberi anda peluang untuk bertemu dengan rakyat Singapura dari pelbagai lapisan masyarakat, bersama-sama menyumbang untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik," kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee.

Program Perkhidmatan Pembelajaran PAYM bertujuan membantu para belia mendampingi golongan yang lemah atau memerlukan dalam masyarakat.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan