Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Ekosistem Inovasi Pelabuhan dilancar, 4 MOU dimeterai di bawah ITM Pengangkutan Laut

Sebuah program baru bagi mengembangkan industri maritim dilancarkan hari ini (6 Jun) oleh Penguasa Pelabuhan dan Maritim Singapura dengan kerjasama cabang keusahawanan NUS.

Anggaran Waktu Membaca:
Program Ekosistem Inovasi Pelabuhan dilancar, 4 MOU dimeterai di bawah ITM Pengangkutan Laut

Menteri Negara Kanan Pengangkutan merangkap Kesihatan Lam Pin Min di pameran teknologi Innovfest Unbound 2018.

Diterbitkan : 06 Jun 2018 07:28PM Dikemas Kini : 06 Jun 2018 07:32PM

SINGAPURA: Sebuah program baru bagi mengembangkan industri maritim dilancarkan hari ini (6 Jun) oleh Penguasa Pelabuhan dan Maritim Singapura dengan kerjasama cabang keusahawanan NUS.

Program Ekosistem Inovasi Pelabuhan atau PIER71 dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan Pengangkutan merangkap Kesihatan Lam Pin Min di pameran teknologi Innovfest Unbound 2018.

Ia akan menjadi platform bagi syarikat-syarikat pemula tempatan dan luar negeri untuk bertukar-tukar pengetahuan dan menjalin perkongsian.

Empat MOU juga ditandatangani dengan syarikat-syarikat pemula termasuk MOU mengenai pertukaran sumber antara syarikat-syarikat Singapura dan China.

Program baru ini sebahagian daripada Rancangan Transformasi Industri Pengangkutan Laut.

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan