Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program baru sokong syarikat pemula sektor media infokom dilancar

Satu program baru dilancarkan Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran bagi menyokong syarikat-syarikat pemula tempatan yang berpotensi.

Anggaran Waktu Membaca:
Program baru sokong syarikat pemula sektor media infokom dilancar

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran di majlis penganugerahan Singapore Digital Techblazer. (Gambar: SGTech)

Diterbitkan : 08 Nov 2018 09:37AM Dikemas Kini : 08 Nov 2018 09:39AM

SINGAPURA: Satu program baru dilancarkan Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran bagi menyokong syarikat-syarikat pemula tempatan yang berpotensi.

Dinamakan SG:D Spark, program oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) - bermatlamat untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi para peniaga dalam sektor media infokom di samping memberi sokongan kepada mereka menerusi geran-geran Pemerintah dan akses kepada rakan-rakan masyarakat industri.

Di bawah program itu, syarikat-syarikat pemula boleh mengakses dan memanfaatkan program-program tenaga kerja Pemacu Kemahiran Teknologi (TeSA) bagi menyokong dan mengembangkan perniagaan masing-masing. Mereka juga akan diberikan keutamaan dalam permohonan geran oleh IMDA. Mereka akan turut mendapat akses kepada acara-acara masyarakat dan syarikat khidmat profesional serta mentor-mentor industri.

Rakan-rakan industri dan Institut-Institut Pengajian Tinggi yang akan menyokong syarikat-syarikat ini termasuk Facebook dan Universiti Nasional Singapura.

Ketua Pegawai Pembangunan Industri IMDA Howie Lau berkata program itu juga bermatlamat untuk merapatkan jurang yang dihadapi syarikat-syarikat pemula dalam mendapatkan akses kepada dana dan pekerja, selain memanfaatkan pelbagai sumber.

Program itu dilancarkan di majlis penganugerahan Singapore Digital Techblazer semalam (7 Nov) di Pusat Konvensyen Resorts World Sentosa bagi mengiktiraf syarikat-syarikat paling innovatif di Singapura.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan