Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

President's Star Charity 2018 pecah rekod kumpul S$8.3 juta

 Presiden's Star Charity tahun ini berjaya mengumpulkan sebanyak S$8.3 juta, jumlah tertinggi yang dikumpulkan bagi acara tahunan tersebut, memecah rekod yang dikumpulkan tahun lalu, sebanyak S$7.66 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
President's Star Charity 2018 pecah rekod kumpul S$8.3 juta

Presiden Halimah Yacob, yang membuat persembahan dengan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee.

Diterbitkan : 15 Oct 2018 10:04AM Dikemas Kini : 15 Oct 2018 10:10AM

SINGAPURA: President's Star Charity tahun ini berjaya mengumpulkan sebanyak S$8.3 juta, jumlah tertinggi yang dikumpulkan bagi acara tahunan tersebut, memecah rekod yang dikumpulkan tahun lalu, sebanyak S$7.66 juta, jumlah kedua tertinggi dalam sejarah acara persembahan itu.

Kesemua wang yang dikumpul akan didermakan kepada 59 badan amal di bawah Cabaran Presiden 2018.

Acara itu, yang diadakan pada malam Ahad (14 Okt) membawa tema rangkuman, dengan satu siri persembahan - termasuk penampilan khas oleh Presiden Halimah Yacob, yang membuat persembahan dengan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, dalam satu lagu penutup istimewa bersama The Purple Symphony, orkestra inklusif terbesar di Singapura yang dianggotai pemain muzik berkeperluan khas. Mereka disertai penyanyi Aisyah Aziz, penyanyi buta Wai Yee dan Purple Choir Kids.

Acara mengumpul dana Mediacorp di bawah Cabaran Presiden itu juga menampilkan persembahan tarian solo oleh Zoe Tay, penyanyi Eason Chan, dari Hong Kong, penyanyi Dayang Nurfaizah dari Malaysia serta Sufie Rashid yang membuat persembahan dengan kumpulan kurang upaya I'm Soul Inc.

Orang awam digalakkan untuk terus menderma kepada badan-badan amal Cabaran Presiden secara online di www.giving.sg/psc2018, atau menelefon 1900-112-8821 (S$10), 1900-112-8822 (S$50) or 1900-112-8823 (S$100). Mereka boleh membuat sumbangan sehingga tengah malam pada 31 Okt.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan