Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in bertemu Presiden Halimah di Istana; sampaikan ceramah S'pura

Ketibaan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in disambut oleh Presiden Halimah Yacob di Istana sempena lawatannya ke Singapura hari ini (12 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jul 2018 01:57PM Dikemas Kini : 12 Jul 2018 11:24PM

SINGAPURA: Ketibaan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in disambut oleh Presiden Halimah Yacob di Istana sempena lawatannya ke Singapura hari ini (12 Jul).

Presiden Moon yang disambut oleh kawalan kehormatan turut mengadakan pertemuan dengan Puan Halimah dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Beliau juga diraikan dalam satu jamuan tengah hari.

Encik Moon berada di Singapura bagi satu rangka lawatan rasmi tiga hari sehingga esok (13 Jul), menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA).

Beliau berada di Singapura atas undangan Puan Halimah.

Semasa lawatannya ke negara ini, Presiden Moon dan PM Lee akan menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang pelaburan, sekitaran dan perniagaan bagi syarikat-syarikat kecil dan sederhana serta syarikat pemula.

Esok (13 Jul), Presiden Moon akan menyampaikan Ceramah Singapura ke-42 bertajuk "ROK dan ASEAN: Rakan-Rakan bagi Mencapai Kedamaian dan Kemakmuran bersama di Asia Timur".

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean akan menjadi moderator ceramah tersebut, menurut MFA.

Awal bulan ini, Rumah Biru Korea Selatan melaporkan bahawa Encik Moon akan berkongsi tentang visinya dan dasar-dasar bagi keamanan di Semenanjung Korea serta kerjasama dalam kalangan negara-negara Asia di rantau ini.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan