Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah Yacob kini canselor ke-10 NUS

Presiden Halimah Yacob dinamakan sebagai canselor terbaru dan yang kesepuluh Universiti Nasional Singapura (NUS) hari ini (14 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Nov 2017 08:05PM Dikemas Kini : 14 Nov 2017 11:11PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob dinamakan sebagai canselor terbaru dan yang kesepuluh Universiti Nasional Singapura (NUS) hari ini (14 Nov).

Beliau, yang pernah menjadi mahasiswa fakulti undang-undang NUS, diraikan di satu majlis jamuan tengah hari, siang tadi.

Presiden Halimah juga melancarkan bunga rasmi NUS yang mencerminkan warna korporat NUS.

Tahun lalu, Puan Halimah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh NUS sebagai mengiktiraf khidmat beliau dalam sektor awam.

Dalam ucapannya, Presiden Halimah memuji NUS kerana tumpuannya yang kukuh dalam bidang kajian, inovasi serta perkhidmatan.

"Menjadi satu penghormatan untuk saya berkhidmat selaku Canselor bagi alma mata saya. Lebih bermakna lagi bagi saya ialah, universiti in terus mempunyai tradisi yang perkhidmatan yang kukuh.

"Jadi saya berbesar hati untuk melihat nilai teras ini berkembang dan berdegup dengan kuat dalam masyarakat NUS," kata Presiden Halimah.

Sumber : CNA/NF/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan