Images
  • halimah (5)
    Presiden Halimah Yacob sudah memberi persetujuan kepada Rang Undang-Undang Peruntukan 2018. (Gambar: Facebook/Halimah Yacob/President's Office)

Presiden Halimah Yacob beri persetujuan kepada Belanjawan 2018

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob hari ini (13 Mac) menyatakan beliau sudah memberi persetujuan kepada Rang Undang-Undang Peruntukan 2018.

Dalam catatannya di laman Facebook, Puan Halimah berkata beliau mengambil "nasihat bebas CPA (Majlis Penasihat Presiden)", yang menghadiri taklimat terperinci berhubung Belanjawan 2018 oleh beberapa pegawai Kementerian Kewangan, dengannya awal bulan ini.

CPA memberi saranan agar meluluskan Rang Undang-Undang itu kerana Belanjawan tersebut "dijangka tidak akan menggunakan rizab Singapura yang lalu".

Rang Undang-Undang Peruntukan itu memberi kuasa kepada jumlah yang boleh dibelanjakan pemerintah pada setiap tahun kewangan, dan memerlukan persetujuan presiden. Ini bagi memastikan pemerintah merancang Belanjawan dengan cara yang mampan dan berhemah secara fiskal, kata Puan Halimah.

Beliau turut berkata Belanjawan 2018 mempunyai "keseimbangan baik" dalam mempersiapkan Singapura di masa hadapan dan membantu Singapura menangani gangguan yang dihadapi mereka pada masa yang sama.

"Pelaburan besar dalam prasarana, membina keupayaan rakyat kita dan mengukuhkan program sosial kita akan memastikan kita terus mengekalkan perpaduan sosial dan sifat eksklusif, meskipun kita menjadikan Singapura terus berdaya saing," kata Puan Halimah.

"Belanjawan ini memberi peluang kepada kami agar mencermin diri dan berfikir sebagai satu negara, tentang ke mana arah tuju kita dan di mana kedudukan yang kita mahukan di dunia ini. Keputusan yang kita buat hari ini, akan meninggalkan kesan pada hari esok."

- CNA/IM/im

Top