Images
  • chetti melaka
    Pameran Chetti Melaka. 

Presiden Halimah rasmikan pameran baru bagi kenali masyarakat Chetti Melaka

SINGAPURA: Pameran yang memaparkan gabungan ciri-ciri kebudayaan masyarakat India, Melayu dan Cina dilancarkan hari ini (6 Sep) di Pusat Warisan India (IHC) oleh Presiden Halimah Yacob.

Pameran masyarakat Chetti Melaka itu adalah sebahagian daripada program dan kegiatan Pesta Budaya IHC 2018.

Bahan-bahan pameran antara lain menonjolkan ciri-ciri unik masyarakat tersebut yang menerapkan unsur-unsur bahasa, pakaian dan makanan.

Masyarakat Chetti Melaka di Singapura, atau dikenali sebagai Peranakan India, merupakan golongan pedagang India yang berhijrah ke Melaka pada kurun ke-15.

Pihak penganjur berharap pameran itu dapat memberi gambaran kepada generasi muda masyarakat tersebut tentang asal usul dan menghargai warisan mereka.

Presiden Persatuan Chetti Melaka, Ponnosamy Kalastree, berkata: "Jadi pameran ini, jika mereka datang ke sini, mereka boleh tahu dari mana nenek moyang mereka berasal. Dengan melihat gambar-gambar, menghadiri bengkel, mereka boleh tahu sikit."

- CNA/MM/ai

Top