Images
  • nepal crash
    Gambar: NIRANJAN SHRESHTA

Presiden Halimah, PM Lee utus kawat takziah berhubung nahas pesawat US-Bangla Airlines

SINGAPURA: Para pemimpin Singapura mengutus ucap takziah berhubung nahas pesawat US-Bangla Airlines di Kathmandu, ibu kota Nepal pada Isnin (12 Mac).

Pesawat tersebut terhempas semasa hendak mendarat di lapangan terbang ibu kota Nepal dari Dhaka, Bangladesh.

Ia berlepas dari Dhaka, Bangladesh dengan membawa 67 penumpang dan empat kakitangan.

49 daripada mereka, maut dan 22 lagi cedera, sebahagiannya dalam keadaan tenat di hospital.

Dalam suratnya kepada Presiden Bangladesh, Muhammad Abdul Hamid, Presiden Halimah Yakob berkata beliau berasa sedih apabila mendapat tahu tentang tragedi itu.

Beliau menyampaikan rasa takziah mendalam bagi pihak semua rakyat Singapura.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pula menyampaikan takziah kepada Bangladesh dan Nepal menerusi dua pucuk surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri negara-negara itu.

- CNA/MU/im

Top