Images
  • halimah cny
    Petikan gambar daripada video yang dimuat naik di laman Facebook Puan Halimah Yacob. 

Presiden Halimah lukis kaligrafi, ucap 'Selamat Tahun Baru Cina'

SINGAPURA: Dalam masyarakat berbilang kaum di Singapura, para pemimpin bukan berbangsa Cina turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina.

Dalam video yang dimuat naik di laman Facebook, Presiden Halimah Yacob menulis kaligrafi dan memberikan ucapan.


Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam pula memuat naik gambar hidangan sayur kucai yang biasanya dinikmati kaum Cina semasa musim perayaan. 


Tambahnya, hidangan ini melambangkan bertambahnya rezeki pada tahun-tahun akan datang, sambil menekankan kandungan yang dimuat naik ini tidak ada kaitan dengan belanjawan yang bakal dibentangkan Menteri Kewangan Heng Swee Keat pada Isnin ini.  

- CNA/NU/aq

Top