Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah dan 1,000 relawan raikan ulang tahun ke-70 4PM

Sekitar 1,000 pemimpin masyarakat dan relawan berkumpul pada Jumaat malam (13 Jul) untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-70 Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekitar 1,000 pemimpin masyarakat dan relawan berkumpul pada Jumaat malam (13 Jul) untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-70 Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM).

Turut hadir bagi menyerikan majlis ialah Presiden Halimah Yacob.

Majlis yang berlangsung di Hotel Mandarin Orchard itu menghimpunkan kembali para aktivis dahulu dan para relawan muda 4PM.

Ia turut menyatukan para pengasas dan pelopor persatuan ini yang ditubuhkan sejak tahun 1948.

Dalam meraikan ulang tahun pertubuhan Melayu/Islam tersebut, sebuah buku yang menyusuri perjalanan dan perjuangan, serta kemajuannya sepanjang tujuh dekad lalu akan turut dilancarkan pada bulan Oktober nanti.

Salah satu daripada acara kemuncak majlis ialah penyampaian Anugerah Jasa Bakti 4PM kepada beberapa relawannya yang membuat sumbangan besar dan berharga kepada persatuan tersebut.

Salah satu penerima adalah Naib yang Dipertua persatuan tersebut, Syed Faisal Syed Ismail.

"Saya rasakan anugerah ini memberikan saya kesempatan untuk terus melibatkan diri dalam 4PM dan bukan sahaja itu tetapi juga melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan secara amnya," kongsi Syed Faisal apabila ditemui pihak BERITAMediacorp.

"Ia adalah sesuatu yang membuat saya cukup gembira dan saya harap dapat terus menyumbang bakti kepada masyarakat."

Seorang lagi relawan yang diiktiraf malam itu adalah Nassar Zain.

"Peluang yang diberikan di 4PM amat luas untuk saya menyumbang bukan sahaja dalam masyarakat Melayu secara khas tetapi masyarakat Singapura secara amnya dalam meningkatkan atau memupuk minat untuk melakukan kerja sukarela dalam apa-apa bidang yang anda minati," ujar Naib Yang Dipertua II 4PM itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan