Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah antara 50 Muslim paling berpengaruh dunia; buat dua tahun berturut-turut

Presiden Halimah Yaacob diiktiraf sebagai antara individu Muslim paling berpengaruh di dunia, menduduki tempat ke-41 dalam senarai 'The Muslim 500: The World's Most Influential Muslims'.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah antara 50 Muslim paling berpengaruh dunia; buat dua tahun berturut-turut

(Gambar fail: Hani Amin)

Diterbitkan : 19 Oct 2018 09:42AM Dikemas Kini : 19 Oct 2018 09:47AM

BERITAmediacorp: Presiden Halimah Yaacob diiktiraf sebagai antara individu Muslim paling berpengaruh di dunia, menduduki tempat ke-41 dalam senarai 'The Muslim 500: The World's Most Influential Muslims'.

Ini merupakan kali kedua beliau disertakan dalam senarai tersebut sejak ia diterbitkan pada 2009.

Tahun lalu, Presiden Halimah disenaraikan di tangga 45, iaitu kedudukan tertinggi pernah dicapai seseorang warga atau pemimpin Singapura dalam senarai tersebut.

Ini bermakna, pemegang jawatan tertinggi negara itu naik empat tangga berbanding tahun lalu.

Warga Singapura lain yang turut diberi penghormatan dalam penerbitan tahunan itu kali ini adalah:

  • Mantan Menteri Negara Kanan Encik Zainul Abidin Rasheed
  • Imam Masjid Ba'alwie Syed Hassan Muhammad Salim Alattas, atau lebih dikenali sebagai Habib Hassan Alattas
  • Anggota Lembaga Rayuan MUIS Encik Mohamed Faizal
  • Saintis Dr Jackie Ying

DR MAHATHIR, MO SALAH TURUT TERSENARAI

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad juga disenaraikan antara 50 Muslim paling berpengaruh, di tempat ke-44.

Ini satu lonjakan buat beliau yang tersenarai pada posisi ke-450 tahun lalu.

Tahun ini juga Dr Mahathir diberi pengiktirafan istimewa sebagai 'Muslim Man of the Year' atau Muslim Terpilih Tahun Ini. Kebangkitan beliau menjadi perdana menteri negaranya buat kali kedua antara pencapaian beliau yang ditukil senarai Muslim 500 ini.

Dalam bidang sukan, pemain bola sepak terkenal Mo Salah diberi pengiktirafan di tempat ke-46. Ini kali pertama bintang bola sepak berasal dari Mesir itu disenaraikan.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan