Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Premium CareShield Hayat boleh meningkat ketara jika agihan dinaikkan: Chee Hong Tat

Beberapa AP menyarankan agar kriteria bagi tuntutan CareShield Hayat dilonggarkan dan agihannya ditingkatkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Premium CareShield Hayat boleh meningkat ketara jika agihan dinaikkan: Chee Hong Tat

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 11 Jul 2018 10:53AM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 10:56AM

SINGAPURA: Beberapa AP menyarankan agar kriteria bagi tuntutan CareShield Hayat dilonggarkan dan agihannya ditingkatkan.

AP SMC Hougang Png Eng Huat berkata definisi hilang upaya serius tidak pernah disemak semula sepanjang beberapa tahun lalu semasa semakan Eldershield. Tambah beliau, ia terlalu "menyekat" pihak yang menuntut.

Seramai 20 AP membahaskan skim tersebut, yang dilakar berdasarkan saranan Jawatankuasa Semakan ElderShield.

AP bagi SMC Bukit Batok Murali Pillai pula menggesa supaya langkah lebih berhemah diambil dan bertanya jika premium akan kekal dimampui dan kesannya terhadap subsidi pemerintah jika tuntutan dipermudahkan.

Dr Lily Neo, Dr Lee Bee Wah dan Encik Melvin Yong juga bertanya sama ada agihan permulaan sebanyak S$600 sebulan mencukupi dan sama ada peningkatan agihan boleh berterusan walaupun selepas tuntutan dibuat.

Encik Chee Hong Tat, yang merupakan Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan sehingga April tahun ini, menjawab soalan-soalan yang diutarakan. Beliau berkata bahawa Jawatankuasa sudah mempertimbangkan keseimbangan antara meningkatkan agihan dan melonggarkan kriteria tuntutan, dengan keperluan memastikan premium kekal dimampui dalam skim insuran sejagat sebegini.

Beliau menerangkan bahawa jika agihan dinaikkan dan kriteria tuntutan dilonggarkan, premium boleh meningkat secara ketara.

PERLU LEBIH TELUS

AP SMC Pasir Ris-Punggol Zainal Sapari dan AP GRC Nee Soon Lee Bee Wah juga meminta penjelasan bagi pertimbangan dan kesan premium jika mereka yang mempunyai kecacatan sedia ada disertakan ke dalam CareShield Hayat.

Menjawab soalan mereka, Dr Khor berkata bilangan warga Singapura yang mengalami kurang upaya serius pada usia lanjut adalah lebih tinggi.

"Sebanyak tujuh peratus warga Singapura berusia 65 tahun ke atas mempunyai kurang upaya serius, berbanding 0.1 peratus warga Singapura antara usia 30 dan 40 tahun," jelas beliau.

Menyertakan mereka ke dalam kohort CareShield Hayat sedia ada akan membuat harga premium melonjak sekitar 30 peratus bagi pemegang polisi dalam kohort ini.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan