Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis tambahan Aetos ditemui mati dengan kesan tembakan di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Seorang pegawai Polis Tambahan Aetos berusia 48 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan di kepalanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands hari ini (10 Jan), menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jan 2019 02:39PM Dikemas Kini : 10 Jan 2019 10:12PM

SINGAPURA: Seorang pegawai Polis Tambahan Aetos berusia 48 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan di kepalanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands hari ini (10 Jan), menurut polis.

Menjawab pertanyaan pihak media, polis mengesahkan bahawa pihaknya menerima panggilan untuk bantuan pada 6.38 pagi.

Pegawai itu ditemui sendirian dengan kesan tembakan di kepalanya di ruang rehat para kakitangan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, tambah polis. Pistolnya ditemui di sebelahnya.

Beliau disahkan mati oleh pasukan paramedik pada 7.09 pagi.

Tiada perbuatan khianat disyaki dan polis masih menjalankan siasatan. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan