Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat The Online Citizen atas "dakwaan serius" dalam sebuah rencana

Pihak polis sedang menyiasat laman sosio-politik The Online Citizen (TOC) atas tuduhan memfitnah berhubung dakwaan-dakwaan yang diterbitkan dalam rencana itu pada September.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat The Online Citizen atas "dakwaan serius" dalam sebuah rencana

Ketua Penyunting TOC Encik Terry Xu (kiri). (Gambar: TheOnlineCitizen/Terry Xu/Facebook)

Diterbitkan : 20 Nov 2018 10:33PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 10:37PM

SINGAPURA: Pihak polis sedang menyiasat laman sosio-politik The Online Citizen (TOC) atas tuduhan memfitnah berhubung dakwaan-dakwaan yang diterbitkan dalam rencana itu pada September.

Rencana itu yang berjudul "Pengajaran daripada catatan Facebook Seah Kian Ping", membuat "dakwaan-dakwaan serius bahawa para pegawai yang memegang jawatan-jawatan tertinggi dalam pemerintah tidak jujur dan Perlembagaan sudah tercemar," menurut polis pada Selasa (20 Nov) sebagai menjawab pertanyaan-pertanyaan Mediacorp.

Polis mengesahkan bahawa satu aduan sudah dibuat terhadap TOC dan penulis rencana itu.

Rencana tersebut, yang ditulis oleh Encik Willy Sum, sudah pun dikeluarkan daripada laman TOC.

"Pihak polis sedang menyiasat perkara tersebut bagi kesalahan jenayah memfitnah. Peralatan elektronik seperti komputer riba dan telefon bimbit disita kerana ada kaitan dengan kes itu," menurut satu kenyataan polis.

Sebelum ini pada Selasa (20 Nov), TOC menyatakan menerusi satu catatan Facbook bahawa ia "berehat seketika" sedang polis menyiasat dakwaan kesalahan bagi jenayah memfitnah.

TOC menambah bahawa lima pegawai polis berada di rumah Ketua Penyunting TOC Encik Terry Xu pada pagi Selasa (20 Nov), di mana peralatan elektronik seperti komputer, komputer riba dan beberapa telefon bimbit dirampas.

"Tarikh bagi pemulangan barangan yang disita belum disahkan kerana siasatan tersebut akan mengambil masa yang agak lama untuk selesai," menurut TOC.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan