Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat pengurup wang yang jual beli wang kertas palsu

Polis sedang menyiasat sekurang-kurangnya 17 pengurup wang di negara ini yang dipercayai terlibat dalam jual beli wang kertas palsu Myanmar.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat pengurup wang yang jual beli wang kertas palsu

Seorang pengurus bank di Yangon. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Dec 2018 11:53PM Dikemas Kini : 06 Dec 2018 11:57PM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat sekurang-kurangnya 17 pengurup wang di negara ini yang dipercayai terlibat dalam jual beli wang kertas palsu Myanmar.

Siasatan dilakukan selepas dua rakyat Singapura ditangkap di Myanmar pada Khamis lalu (6 Dis) kerana didakwa menggunakan wang kertas palsu Myanmar di bandar Yangon.

Kejadian tersebut terbongkar pada Jumaat lalu (30 Nov) apabila media Myanmar membuat aduan mengenai perbuatan dua rakyat Singapura berkenaan. Mereka mendakwa menukar wang kertas Myanmar, kyat, di Singapura.

Tidak banyak pengurup wang di Singapura yang melakukan jual beli mata wang Myanmar.

Polis menyatakan sasaran serbuannya ialah wang kertas kyat yang mempunyai nombor siri bermula dengan huruf AE dan AG. Sesiapa yang mengesyaki mereka mempunyai wang kyat palsu, harus segera membuat aduan polis.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan