Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat kes tuntutan semula yang dibuat bekas pekerja PA

Parlimen hari ini diberitahu bahawa polis sedang menyiasat satu kes tuntutan bayaran semula yang dibuat oleh seorang bekas pekerja Persatuan Rakyat (PA) bagi pembelian dari luar negeri untuk Perarakan Chingay 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Nov 2018 10:15PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 10:18PM

SINGAPURA: Parlimen hari ini diberitahu bahawa polis sedang menyiasat satu kes tuntutan bayaran semula yang dibuat oleh seorang bekas pekerja Persatuan Rakyat (PA) bagi pembelian dari luar negeri untuk Perarakan Chingay 2017.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam yang juga Timbalan Pengerusi PA,
Chan Chun Sing, sebagai menjawab pertanyaan AP Parti Perkerja, Png Eng Huat.

Ia kemudian mencetuskan pertikaman lidah antara mereka yang mempersoalkan tentang kewibawaan PA dan pejabat AGO.

Kes itu sudah dibangkitkan oleh Pejabat Auditor Negara (AGO) dalam laporannya bagi Tahun Kewangan 2017/2018 yang dikeluarkan Julai lalu.

Dalam laporan tersebut AGO menyatakan tuntutan pembayaran semula itu disokong dengan beberapa dokumen yang tidak jelas dan mencurigakan, yang sekali gus menimbulkan tanda tanya tentang kesahihannya.

Encik Chan berkata sebuah panel siasatan bebas ditubuhkan pada bulan Jun lalu untuk meneliti pembelian bagi Chingay 2017. Panel itu juga menyemak pembelian dan pembayaran yang dibuat kepada pihak di luar negeri bagi perarakan Chingay pada tahun-tahun sebelumnya.

Siasatan itu sudah selesai dan mendapati tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan sebarang perbuatan salah laku.

Namun terdapat keprihatinan tentang kesahihan beberapa transaksi.  

Sumber : CNA/SS
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan