Polis sedang siasat kes troli dicuri di FairPrice Holland Drive
Rangkaian pasar raya NTUC FairPrice menyatakan pada Isnin (17 Dis) bahawa polis sedang menjalankan siasatan selepas kesemua troli dari cawangannya di Holland Drive hilang.
SINGAPURA: Rangkaian pasar raya NTUC FairPrice menyatakan pada Isnin (17 Dis) bahawa polis sedang menjalankan siasatan selepas kesemua troli dari cawangannya di Holland Drive hilang.
Aduan polis dibuat pada Jumaat berhubung troli-troli yang lesap dari cawangannya di Blok 35 Holland Drive, menurut seorang jurucakap FairPrice sebagai menjawab pertanyaan Channel NewsAsia.
"Kami tidak dapat mengulas lanjut hal ini sehingga pihak berkuasa menyelesaikan siasatan," menurut jurucakap itu lagi.
Kenyataan FairPrice dikeluarkan sehari selepas sekeping gambar tular di Internet pada Ahad, menunjukkan makluman kepada pelanggan FairPrice tentang troli-troli yang hilang.
Notis itu berbunyi: "Kami dengan berat hati ingin memakulumkan semua troli kami sudah dicuri. Aduan polis sudah dibuat. Maaf atas sebarang ketidakselesaan. Terima kasih atas kesabaran dan timbang rasa anda."
Dalam satu usaha menangani masalah troli hilang, FairPrice pada 2016 melancarkan Projek Penguatkuasaan Troli untuk mengajar pengguna tentang penggunaan troli secara bertanggungjawab.
Pada 2015, FairPrice kehilangan sekitar 1,000 troli. Syarikat itu membelanjakan lebih daripada S$150,000 untuk mengganti, memperbaiki dan mengutip troli-troli.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.