Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis, MSF siasat video budak perempuan melutut ditampar

Satu video yang disebarkan online menunjukkan seorang budak perempuan ditampar sedang dia berlutut, mencetuskan kemaharan warga siber dan menarik perhatian pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis, MSF siasat video budak perempuan melutut ditampar

Petikan gambar dari video yang dimuat naik ke laman STOMP menunjukkan seorang budak perempuan berlutut dan ditampar.

Diterbitkan : 09 Nov 2018 02:45PM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 02:46PM

SINGAPURA: Satu video yang disebarkan online menunjukkan seorang budak perempuan ditampar sedang dia berlutut, mencetuskan kemaharan warga siber dan menarik perhatian pihak berkuasa.

Kedua-dua polis dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sedang menyiasat perkara tersebut, menurut kementerian itu pada Jumaat (9 Nov).

Video berkenaan, yang dimuat naik ke laman STOMP pada Rabu (7 Nov), menunjukkan seorang budak perempuan berlutut di sebelah sebuah kereta berwarna putih di tempat letak kereta cawangan IKEA di Tampines.

Seorang lelaki menuding jari ke arahnya dan menjerit-jerit sedang seorang lagi wanita melihat apa yang berlaku. Lelaki terbabit kemudian menampar budak itu sehingga dia tidak dapat mengimbangi dirinya.

"Ini kali terakhir!" kedengaran lelaki itu menjerti dalam video tersebut.

Lelaki itu kemudian beredar sementara budak perempuan berkenaan terus berlutut. Dia kemudian memekik sekali lagi: "Berlutut dengan betul!"

IKEA mengesahkan kepada Mediacorp bahawa video itu dirakam di salah sebuah tempat letak keretanya. Peruncit perabot itu menyatakan bahawa ia sudah melaporkan insiden tersebut kepada polis.

"Kami akan bekerjasama (dengan polis) dalam siasatannya," kata jurucakap IKEA.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan