Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis: Luka pada tubuh NSF SCDF dialami ketika masih dalam perigi, semasa proses menyelamat

Siasatan awal mendapati terdapat "luka-luka yang kelihatan" di tubuh anggota Perkhidmatan Negera sepenuh masa dari Pasukan Perkhidmatan Awam Singapura (SCDF) yang maut setelah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah perigi pam. 

Anggaran Waktu Membaca:
Polis: Luka pada tubuh NSF SCDF dialami ketika masih dalam perigi, semasa proses menyelamat

(Gambar: Nevin Jacob Thomas)

Diterbitkan : 16 May 2018 12:56AM Dikemas Kini : 16 May 2018 12:58AM

SINGAPURA: Siasatan awal mendapati terdapat "luka-luka yang kelihatan" di tubuh anggota Perkhidmatan Negera sepenuh masa dari Pasukan Perkhidmatan Awam Singapura (SCDF) yang maut setelah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah perigi pam. Mendiang dipercayai terluka ketika beliau berada dalam perigi dan semasa proses menyelamat dijalankan.

"Polis sedia maklum tentang laporan media yang menyatakan terdapat luka-luka yang kelihatan jelas pada tubuh CPL Kok Yuen Chin," menurut polis semalam (15 Mei).

"Siasatan awal polis serta hasil pemeriksaan ahli patologi mendedahkan bahawa mendiang terluka semasa berada dalam perigi dan proses menyelamat."

CPL Kok meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah perigi pam balai bomba sedalam 12 meter yang dipenuhi dengan air.

Mendiang memasuki perigi itu sebagai sebahagian daripada kegiatan menjelang tamat tempoh menjalani Perkhidmatan Negara.

Cik Helen Kok, mak cik kepada CPL Kok, ditukil sebagai berkata dalam akhbar Straits Times bahawa anak saudaranya mengalami luka-luka, termasuk di mukanya, lebih tepat lagi di dagu dan pipinya.

Polis menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi tentang insiden berkenaan, dan mengeluarkan peringatan bahawa siasatan masih dijalankan.

"Hasil siasatan akan didedahkan bila tiba waktunya," menurut polis.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan