Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis keluarkan nasihat berhubung penipuan culik pelajar asing

Polis mengeluarkan makluman hari ini (16 Jun) mengenai penipuan melibatkan penculikan, setelah polis menerima sekurang-kurangnya tiga aduan sejak dua hari lalu dari ibu bapa dan penjaga pelajar rakyat China di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis keluarkan nasihat berhubung penipuan culik pelajar asing

Gambar fail.

Diterbitkan : 16 Jun 2018 08:31AM Dikemas Kini : 16 Jun 2018 08:34AM

SINGAPURA: Polis mengeluarkan makluman hari ini (16 Jun) mengenai penipuan melibatkan penculikan, setelah polis menerima sekurang-kurangnya tiga aduan sejak dua hari lalu dari ibu bapa dan penjaga pelajar rakyat China di Singapura.

Polis menyatakan, dalam kes penipuan demikian, para pelajar terperdaya supaya memberi wang dan maklumat mengenai keluarga mereka di China kepada orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai pegawai pemerintah.

Maklumat yang diberikan itu kemudian digunakan untuk menghubungi ibu bapa mangsa.

Mereka akan mendakwa bahawa anak mereka telah diculik, lalu menuntut wang tebusan.

Polis menasihati orang awam supaya berhati-hati apabila menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, dan menghubungi polis di talian 1800-255-000, atau menelefon 999 bagi bantuan kecemasan.

Polis menegaskan, tiada agensi pemerintah yang akan mengarahkan untuk membuat bayaran menerusi telefon atau wadah pesanan media sosial, seperti di WeChat atau Facebook.

Agensi pemerintah juga tidak akan meminta maklumat perbankan peribadi seperti kata kunci perbankan online.

Polis menambah, warga asing yang menerima panggilan daripada mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pegawai polis dari negara asal mereka, mesti menghubungi kedutaan masing-masing bagi mengesahkan kesahihan panggilan sedemikian.

Sesiapa yang didapati bersalah sengaja membantu menguruskan wang yang diperolehi daripada kegiatan jenayah boleh didenda sehingga 500 ribu dolar atau dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan