Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis cari penunggang e-skuter yang disyaki langgar wanita di Bedok

Polis mencari seorang lelaki yang disyaki melanggar seorang wanita ketika menunggang e-skuter di Bedok sehingga wanita berkenaan cedera teruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis cari penunggang e-skuter yang disyaki langgar wanita di Bedok

(Gambar: SPF/ Google Street View)

Diterbitkan : 13 Mar 2018 12:40AM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 12:45AM

SINGAPURA: Polis mencari seorang lelaki yang disyaki melanggar seorang wanita ketika menunggang e-skuter di Bedok sehingga wanita berkenaan cedera teruk.

Polis mengemukakan rayuan untuk mendapatkan maklumat tentang suspek hari ini (12 Mac). Ia turut melampirkan gambar lelaki yang memakai baju berwarna biru pada masa kejadian.

Menurut polis, ia menyiasat kes ini berhubung kesalahan perbuatan cuai sehingga mengakibatkan kecederaan.

Kejadian berlaku Rabu lalu (7 Mac) pada sekitar 6.05 petang, di Blok 151 Bedok Reservoir Road.

Mediacorp difahamkan wanita berkenaan, Goh Lay Yong yang berusia 45 tahun, dilanggar daripada belakang ketika beliau baru turun dari jejantas. Beliau berada dalam keadaan sedar ketika dikejarkan ke Hospital Besar Changi.

Malangnya, keadaan wanita itu semakin memburuk.

Pada Ahad lalu (11 Mac), saudara lelakinya Goh Yong Ann menulis catatan di Facebook bahawa Cik Goh perlu menjalani pembedahan, dua hari selepas beliau mengkhabarkan bahawa pendarahan di bahagian otak mangsa sudah berhenti.

Seorang lagi anggota keluarga mangsa, Alverna Cher, menulis hari ini bahawa Cik Goh kini dirawat dalam unit rawatan intensif dan "48 jam selanjutnya kritikal".

Dalam rayuannya, polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Hotline Polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online ke www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan