Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis berkas remaja dipercayai terlibat dalam kegiatan tailong

Seorang remaja berusia 20 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam enam kes gangguan tailong di beberapa tempat di Singapura. Tiga daripada kes itu kegiatan gangguan tailong melibatkan kebakaran.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang remaja berusia 20 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam enam kes gangguan tailong di beberapa tempat di Singapura. Tiga daripada kes itu kegiatan gangguan tailong melibatkan kebakaran.

Pada 10 Ogos 2018, polis dimaklumkan tentang tiga kes gangguan melibatkan tailong membakar pintu-pintu rumah. Melalui siasatannya, polis mengenal pasti suspek dan memberkasnya dalam tempoh 24 jam.

Siasatan awal mendedahkan bahawa suspek juga disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya lagi tiga kes gangguan oleh tailong dengan menyimbah cat.

Suspek didakwa di mahkamah hari ini (11 Ogos) atas dakwaan gangguan tailong melibatkan kebakaran. Di bawah Akta Pemiutang (Semakan 2010), sesiapa yang bertindak bagi pihak pemiutang tidak berlesen, melakukan atau cuba melakukan gangguan akan dipenjara sehingga lima tahun, didenda antara S$5,000 hingga S$50,000, dan boleh dikenakan sebatan antara enam hingga 12 kali.

Orang ramai dinasihati supaya tidak berurusan dengan tailong mahupun membantu mereka. Mereka yang mengesyaki sesiapa yang terlibat dalam kegiatan tailong boleh menghubungi polis di talian hotline 1800-924-5664.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan