Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis berkas 26 wanita, 1 lelaki dalam serbuan rumah urut dan pusat hiburan

Seramai 26 wanita dan seorang lelaki diberkas dalam satu operasi serbuan ke atas rumah-rumah urut dan pusat hiburan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 26 wanita dan seorang lelaki diberkas dalam satu operasi serbuan ke atas rumah-rumah urut dan pusat hiburan di Race Course Road, Beach Road dan Serangoon Road.

Kesemua yang diberkas berada dalam lingkungan usia antara 20 dengan 37.

Dalam operasi yang diadakan semalam (18 Dis) dan hari ini (19 Dis) oleh Polis Divisyen Central, dua rumah urut tidak berlesen dibongkar. Lima wanita, berusia antara 25 dengan 37 tahun, diberkas bagi kesalahan-kesalahan di bawah Piagam Wanita.

Dua pusat hiburan awam juga didapati melanggar syarat-syarat pelesenan.

Seramai 21 wanita dan seorang lelaki berusia antara 20 dengan 35 diberkas bagi kesalahan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing.

(Gambar: SPF)

Menurut kenyataan polis yang dikirimkan hari ini (19 Dis), siasatan masih dijalankan.

Polis menegaskan, ia memandang serius sesiapa yang melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan jenayah dan akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas ke atas mereka yang melanggar undang-undang.

Ini termasuklah ke atas para pengendali rumah urut atau pusat hiburan awam yang melanggar syarat dan undang-undang di bawah Akta Pusat Hiburan Awam dan Akta Rumah Urut 2017.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan