Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PMI S'pura berkembang 13 bulan berturut-turut pada September

Sektor pengilangan Singapura berkembang buat 13 bulan berturut-turut, menurut data yang diterbitkan oleh Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) semalam (2 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
PMI S'pura berkembang 13 bulan berturut-turut pada September

Gambar fail sebuah kemudahan pengilangan di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 03 Oct 2017 11:37AM Dikemas Kini : 03 Oct 2017 11:39AM

SINGAPURA: Sektor pengilangan Singapura berkembang buat 13 bulan berturut-turut, menurut data yang diterbitkan oleh Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) semalam (2 Okt).

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) - petunjuk awal bagi kegiatan pengilangan - mencatat 52.0 mata, kenaikan 0.2 mata berbanding bulan Ogos.

Bacaan yang melebihi 50 menandakan sektor pengilangan sedang berkembang, manakala bacaan bawah 50 menunjukkan pengucupan.

Bacaan PMI bagi bulan September merupakan yang tertinggi sejak April 2011.

Institut itu menyatakan bahawa peningkatan pada kegiatan pengilangan disebabkan oleh rentak pertumbuhan yang lebih pesat bagi semua petunjuk utama.

Sungguhpun demikian, SIPMM menarik perhatian mengenai stok barangan yang sudah siap - menyusuli tempahan baru yang lebih tinggi - dan harga pasaran mencatat peningkatan yang lebih perlahan.

"Bacaan terkini menunjukkan pertumbuhan yang berterusan bagi ekonomi pengilangan sejak Ogos tahun lalu," menurut SIPMM.

Indeks bagi sektor elektronik turut mencatatkan peningkatan, dengan PMI bagi September mencecah 53.6 mata, kenaikan 0.4 mata berbanding bulan sebelumnya. Perkembangan 14 bulan berturut-turut bagi sektor berkenaan merupakan yang tertinggi sejak Julai 2010.

Peningkatan bacaan sektor elektronik dirangsang oleh rentak pertumbuhan yang lebih rancak bagi sektor tersebut, kecuali pengambilan pekerja yang tumbuh pada rentak lebih perlahan.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan