Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee ucapkan perpisahan terakhir buat 'Papa'

Lewat petang semalam, keluarga, rakan-rakan dan bekas para pegawai mendiang Encik Lee Kuan Yew, berkumpul di Krematorium Mandai untuk mengucapkan perpisahan terakhir dalam satu upacara persemadian peribadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Mar 2015 07:53PM Dikemas Kini : 31 Mar 2015 01:40AM

SINGAPURA: Lewat petang semalam, keluarga, rakan-rakan dan bekas para pegawai mendiang Encik Lee Kuan Yew, berkumpul di Krematorium Mandai untuk mengucapkan perpisahan terakhir dalam satu upacara persemadian peribadi.

Dalam euloginya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menggambarkan kehidupan peribadi ayahnya yang juga bapa pengasas serta Perdana Menteri pertama Singapura.

PM Lee menyifatkan bapanya sebagai ketua kepada dua keluarga. Sebagai anak sulung, mendiang membantu ibunya membesarkan adik-adiknya. Sebagai bapa pula, mendiang Encik Lee mendidik anak-anaknya menjadi dewasa seperti orang lain, walaupun mereka anak Perdana Menteri.

DATUK YANG PENYAYANG

Mendiang Encik Lee terus berada di sisi anak-anaknya sungguhpun mereka sudah mempunyai keluarga sendiri.

"Dia bukan datuk yang memberikan segalanya tetapi seorang yang penyayang. Ada gambar Papa bersama empat cucu lelakinya yang masih kecil, meniup buih sabun di taman di Sri Temasek," ujar PM Lee.

AYAH YANG SENTIASA PRIHATIN

PM Lee juga berkata ayahnya menghubungi beliau menerusi telefon dari Filipina. Ketika itu, PM Lee menjalani kemoterapi kerana menghidap limfoma.

"Saya sangka ada hal negara yang penting. Tetapi beliau sebenarnya telefon untuk memberitahu bahawa beliau telah menguruskan agar buah durian dikirimkan kepada saya. Dia mahu pastikan bahawa saya makan dengan betul semasa menjalani kemoterapi," ujar PM Lee lagi.

PM Lee selanjutnya berkata bapanya terus mengajar anak-anaknya tentang kehidupan walaupun semasa usianya sudah lanjut.

Beliau dan adik-adiknya juga belajar dengan melihat ibu bapa mereka menjalani kehidupan masa tua bersama-sama.

MENDIANG LEE: HIDUP INI SATU LARIAN MARATON

"Papa telah menjalani kehidupan penuh bermakna. Beliau sihat, aktif dan bertenaga sehingga usia beliau sangat lanjut. Beliau pernah berkata hidup ini satu larian maraton bukan larian pecut. Maraton Papa sudah berakhir," katanya.

PM Lee mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang menjaga ayahnya serta pegawai-pegawai keselamatan yang sentiasa berada di sisi mendiang, melampaui tuntutan tugas mereka. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan