Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee sokong padu pelan bertindak M³

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyokong padu pelan bertindak M kuasa 3 - MUIS, MENDAKI dan MESRA yang dilakarkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli dan para Anggota Parlimen (AP) Melayu PAP.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Aug 2018 07:10PM Dikemas Kini : 19 Aug 2018 11:11PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyokong padu pelan bertindak M³ - MUIS, MENDAKI dan MESRA yang dilakarkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli dan para Anggota Parlimen (AP) Melayu PAP.

Kerjasama lebih rapat ketiga-tiga institusi itu, tegas Encik Lee, akan dapat memenuhi keperluan dan aspirasi masyarakat Melayu dengan lebih berkesan sekali gus menguatkan lagi masyarakat Melayu/Islam.

Demikian teras ucapan PM Lee dalam bahasa Melayu di Rapat Umum Hari Kebangsaan di Institut Pendidikan Teknikal di Ang Mo Kio pada Ahad (19 Ogos).

Menurut Encik Lee berkata ketiga-tiga institusi itu sudah lama memainkan peranan penting dalam pembangunan dan memajukan masyarakat Melayu/Islam.

MESRA, katanya memelihara keperluan budaya; MUIS dari segi memberi bimbingan agama dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura, manakala MENDAKI menyokong pendidikan serta membantu golongan memerlukan.

Kerjasama M³ serta kolaborasi bersama Pemerintah dan badan-badan Melayu/Islam yang lain akan menyatukan sumber-sumber lantas lebih mampu menangani cabaran masyarakat.

Ini termasuk cabaran memastikan semua kanak-kanak mengikuti prasekolah, memperkasa dan membimbing belia, serta membantu golongan yang ketinggalan kerana dadah dan isu-isu sosial.

Langkah pertama kata PM Lee telahpun diambil dengan MUIS dan MENDAKI akan menubuhkan sebuah pejabat bersama di Wisma Geylang Serai (WGS).

Tujuh badan Melayu/Islam pula akan memulakan pusat khidmat sehenti, MMO Hub di WGS:

  • Angkatan Karyawan Islam (AMP)
  • Persatuan Seni-Budaya Kreatif Melayu (CMAC)
  • Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM)
  • Muhammadiyah
  • PERGAS
  • Tabung Amal Aidilfitri (TAA)
  • Berita Harian (BH)

PM Lee juga mengumumkan WGS akan dibuka rasmi pada 26 Januari depan dan Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Maliki Osman dilantik untuk memimpin projek menyemarak dan mengukuhkan identiti budaya di Geylang Serai. 

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan