Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee sanjung penyelamat di balik 'operasi rumit' untuk selamatkan 13 dari gua

"Gembira dan berasa lega bahawa 12 remaja Thai dan jurulatih mereka berjaya diselamatkan dari gua Tham Luang," tulis PM Lee dalam satu catatan Facebook pada lewat malam Selasa (10 Jul). 

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee sanjung penyelamat di balik 'operasi rumit' untuk selamatkan 13 dari gua

Remaja Thai yang terperangkap di gua Tham Luang. (Gambar: Reuters/Thai Navy Seal)

Diterbitkan : 11 Jul 2018 01:16AM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 09:34AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa (10 Jul) menyanjung para penyelamat yang menyelamatkan 12 remaja Thai dan seorang jurulatih bolasepak terkandas dalam gua. Beliau menyifatkannya sebagai "operasi rumit" dan "paparan kekuatan semangat perjuangan manusia yang luar biasa."

"Gembira dan berasa lega bahawa 12 remaja Thai dan jurulatih mereka berjaya diselamatkan dari gua Tham Luang," tulis PM Lee dalam satu catatan Facebook pada lewat malam Selasa (10 Jul).

"Ia adalah kisah yang amat memberangsangkan mengenai apa yang boleh dikecapi oleh negara-negara dan kumpulan berlainan yang berkerjasama," beliau tambah.

Kesemua 12 remaja dari pasukan bola sepak "Wild Boar" dan jurulatih mereka diselamatkan pada malam Selasa (10 Jul) dari sebuah gua yang dilanda banjir di mana mereka terperangkap selama lebih dua minggu.

Lima remaja terakhir yang terperangkap di dalam gua Tham Luang diselamatkan pada hari Selasa (10 Jul) - hari ketiga operasi membawa mereka keluar dijalankan.

Dalam catatan Facebooknya pada malam Selasa (10 Jul), PM Lee juga memberi penghormatan kepada para penyelamat dan relawan Thailand yang menyumbang kepada operasi tersebut, termasuk Pegawai Tentera Darat bersara Kelas Pertama Saman Kunan, yang meninggal dunia setelah menghantar tangki oksigen ke dalam gua itu.

"Kesemua mereka menunjukkan sifat besar hati dan daya tahan semasa usaha menyelamat ini, yang berjaya disebabkan oleh usaha mereka," kata PM Lee. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan