Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee: S'pura terus kongsi pendekatan pembangunan mampan menerusi bantuan teknikal

Singapura kini menyumbang kembali setelah meraih manfaat daripada masyarakat Komanwel yang membantu negara ini mengharungi masa-masa tidak menentu pada suatu ketika dahulu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Apr 2018 05:56PM Dikemas Kini : 16 Apr 2018 10:43PM

SINGAPURA: Singapura kini menyumbang kembali setelah meraih manfaat daripada masyarakat Komanwel yang membantu negara ini mengharungi masa-masa tidak menentu pada suatu ketika dahulu.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata demikian dalam satu rencana bagi laporan Mesyuarat Ketua Pemerintah Komanwel 2018.

Encik Lee dijangka menghadiri mesyuarat di London itu, minggu ini.

PM Lee berkata Singapura akan terus berkongsi pendekatannya terhadap pembangunan mampan menerusi program-program bantuan teknikal.

Bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Singapura sedang membangunkan kursus-kursus kepimpinan mengenai aspek tadbir urus dan kepimpinan dalam sektor awam yang baik, selain kursus-kursus bagi membangun keupayaan dalam bidang-bidang seperti air dan perbandaran yang mampan.

Encik Lee menambah Singapura komited terhadap Agenda 2030 PBB bagi Pembangunan Mampan dan akan menjalani Semakan Sukarela Kebangsaannya yang pertama tahun ini.

PM Lee berkata Singapura juga mempengerusikan ASEAN tahun ini.

Ia juga sedang menjalankan projek-projek bagi memperkukuhkan daya bingkas terhadap ancaman seperti pengganasan dan perubahan iklim serta membantu ekonomi-ekonomi ASEAN berinovasi.

Encik Lee turut menarik perhatian terhadap persamaan antara ASEAN dengan Komanwel, di mana kedua-duanya berkongsi nilai-nilai teras yang sama, menggalak tadbir urus yang baik serta menyokong sistem berbilang pihak yang terbuka dan berpandukan peraturan. 

Sumber : CNA/NT/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan