Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee, Presiden Macron sahkan lagi komitmen terhadap sistem perdagangan bebas

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Perancis Emmanuel Macron, mengesahkan lagi komitmen kedua-dua negara terhadap sistem perdagangan antarabangsa yang bebas dan terbuka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jul 2018 09:05AM Dikemas Kini : 14 Jul 2018 11:39PM

PARIS: Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Perancis Emmanuel Macron, mengesahkan lagi komitmen kedua-dua negara terhadap sistem perdagangan antarabangsa yang bebas dan terbuka.

Kedua-dua pemimpin juga berikrar akan komited kepada dasar berbilang pihak, globalisasi, kedaulatan undang-undang dan pembangunan mampan semasa pertemuan rasmi pertama mereka semalam (13 Jul).

Kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri Singapura menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin turut membincangkan tentang pelbagai topik termasuk inovasi, respons terhadap gangguan teknologi dan membangunkan bandar-bandar bijak.

Mereka turut membincangkan tentang perkembangan di peringkat serantau dan antarabangsa, serta cabaran-cabaran terhadap sistem pemerintahan, berlandaskan keterbukaan, globalisasi dan perdagangan bebas.

Presiden Macron menerima undangan PM Lee ke Singapura untuk menyampaikan ucaptama di Dialog Shangri-La pada masa akan datang.

Hari ini (14 Jul), PM Lee diundang sebagai tetamu terhormat di perbarisan hari kebangsaan Perancis di bandar Paris. Ini merupakan kali pertama seorang Perdana Menteri Singapura diundang sebagai tetamu terhormat bagi acara itu.

Buat julung-julung kalinya juga, kontinjen Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) yang berpangkalan di barat daya Perancis, akan mengambil bahagian dalam perbarisan tersebut.

Semasa lawatannya, PM Lee juga menghadiri satu jamuan tengah hari bersama para pemain industri Perancis dan akan menghadiri satu resepsi bersama rakyat Singapura yang berada di negara itu.

Lawatan ini diadakan sempena Tahun Inovasi Perancis-Singapura 2018, yang bermatlamat untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara melalui kerjasama lebih mendalam dalam bidang inovasi. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan