Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee lawat Eropah bagi jalin kerjasama pendigitalan, perdagangan

Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan mengadakan lawatan rasmi ke Vienna, Austria esok (17 Okt) sebelum melawat Brussels, Belgium sehingga Jumaat ini (19 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2018 04:54PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 01:00AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan mengadakan lawatan rasmi ke Vienna, Austria esok (17 Okt) sebelum melawat Brussels, Belgium sehingga Jumaat ini (19 Okt).

Lawatan PM Lee ke Vienna atas undangan Canselor Sebastian Kurz yang melawat Singapura pada Ogos lalu.

Kedua-dua pemimpin akan menyaksikan upacara pemeteraian Memorandum Persefahaman mengenai kerjasama dalam bidang Pendigitalan, serta Teknologi Penerangan dan Perhubungan.

Di Brussels, PM Lee akan menghadiri sidang puncak Asia-Eropah, ASEM yang ke-12 iaitu dialog antara pemerintah bagi mengukuhkan lagi hubungan antara Asia dengan Eropah.

Di luar sidang tersebut, PM Lee juga akan menandatangani Perjanjian Dagangan Bebas EU-Singapura.

Perjanjian tersebut dijangka menghapuskan tarif ke atas kira-kira 80 peratus barangan Singapura yang memasuki Kesatuan Eropah.

PM Lee akan juga menyaksikan Perjanjian Perlindungan Pelaburan EU-Singapura ditandatangani, serta Perjanjian Kerjasama EU-Singapura.

Selaku Pengerusi ASEAN sekarang dan Penyelaras dialog ASEAN-EU, PM Lee juga akan menghadiri Mesyuarat para pemimpin kedua-dua pihak.

Semasa PM Lee di luar negara, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong akan memangku jawatan Perdana Menteri pada 17 dan 18 Oktober, sementara Timbalan PM Teo Chee Hean akan memikul tugas tersebut pada 19 dan 20 Oktober.  

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan