Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee lakukan lawatan rasmi ke Australia mulai Khamis

Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melakukan lawatan rasmi ke Sydney, Australia mulai esok (15 Mac) hingga Ahad ini (18 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2018 06:34PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 10:16PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melakukan lawatan rasmi ke Sydney, Australia mulai esok (15 Mac) hingga Ahad ini (18 Mac).

Lawatannya itu dibuat atas undangan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull.

PM Lee akan menghadiri Sidang Puncak ketiga para pemimpin Singapura-Australia. Pertemuan itu diadakan setiap tahun di bawah Perkongsian Strategik Menyeluruh yang dimeterai pada 2015 oleh kedua-dua negara.

Semasa di Sydney, PM Lee akan bertemu dengan para pegawai tinggi Australia serta rakyat Singapura di Australia. Encik Lee akan mempengerusikan secara bersama Sidang Puncak Khas ASEAN-Australia, dengan PM Turnbull.

Dua acara penting akan juga diadakan di sidang puncak itu.

Yang pertama mengenai usaha memerangi pengganasan dan yang kedua mengenai perusahaan kecil dan sederhana, di mana PM Lee akan menyampaikan ucapan pembukaan.

Semasa PM Lee di luar negara, DPM Teo akan menjadi Pemangku Perdana Menteri. 

Sumber : CNA/MM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan