Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee lakukan lawatan rasmi 3 hari ke Perancis; hadiri Hari Bastille atas undangan Macron

Acara Hari Bastille tahun ini akan menampilkan terbang lalu Perancis-Singapura. Ini menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee lakukan lawatan rasmi 3 hari ke Perancis; hadiri Hari Bastille atas undangan Macron

Gambar fail Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 13 Jul 2018 08:18AM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 08:22AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan berada di Perancis selama tiga hari bagi mengadakan lawatan rasmi ke negara itu atas undangan Presiden Perancis, Emmanuel Macron mulai Jumaat (13 Jul). Demikian menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media.

PM Lee diundang sebagai tetamu terhormat di perbarisan Hari Bastille pada hari Sabtu (14 Jul).

Setiap tahun, Presiden Perancis mengundang sebuah negara untuk menyertai perbarisan Hari Bastille di Champs Elysees yang terkenal pada 14 Julai, hari cuti umum di Perancis. Encik Macron menghoskan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada sambutan tahun lalu.

Acara Hari Bastille tahun ini akan menampilkan terbang lalu Perancis-Singapura. Ini menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada bulan lalu.

Semasa lawatannya, PM Lee juga akan diraikan dalam satu jamuan malam oleh Encik Macron dan mengadakan pertemuan berasingan dengan Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe.

PM Lee juga akan menghadiri majlis jamuan tengah hari dengan para pemimpin industri Perancis, dan menghadiri resepsi bersama rakyat Singapura yang berada di sana.

Lawatan itu diadakan sedang kedua-dua Singapura dan Perancis memperingati ulang tahun yang ke-20 Latihan Jet Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) di Pangkalan Udara Cazaux.

Singapura adalah salah satu daripada sekutu utama angkatan tentera Perancis di Asia Tenggara. Singapura sudah menghantar berpuluh-puluh juruterbang jet pejuang untuk menjalani latihan di Perancis sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.

Lawatan PM Lee juga diadakan di pertengahan tahun 2018 sempena Tahun Inovasi Perancis-Singapura, yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dengan memperhebatkan kerjasama dalam sektor inovasi.

Sehubungan itu, PM Lee dan Encik Macron akan mengeluarkan Pelan Hala Tuju Perancis-Singapura untuk Mengukuhkan Kerjasama dalam Inovasi Digital, Tadbir Urus Internet dan Keselamatan Siber.

Beberapa perjanjian dua hala berhubung inovasi, kecerdasan buatan, kajian dan pengembangan, pertukaran pelajar dan tenaga juga akan dimeterai.

PM Lee akan diiringi oleh beberapa menteri dan pegawai semasa lawatan itu, termasuk Menteri Pertahanan Ng Eng Hen dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.

Encik Teo Chee Hean, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, akan memangku tugas Perdana Menteri dari 13 Julai hingga 16 Julai.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan